Diterbitkan pada 11 Julai 2023, 12:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 13 Julai 2023 (Khamis).

Semua calon STPM persekolahan boleh memperoleh keputusan peperiksaan STPM 2022 dari sekolah masing-masing bermula pada pukul 11.30 pagi pada tarikh tersebut.

Menurut kenyataan media pada petang ini, calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui dua kaedah seperti berikut:

  1. Sistem dalam talian. Calon boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan mulai pukul 11.30 pagi pada 13 Julai 2023.
  2. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Ringkasan keputusan boleh didapati dengan menaip STPM <jarak> No.K/P <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai 11.00 pagi pada 13 Julai 2023 hingga pukul 12.00 tengah hari pada 23 Julai 2023.

Untuk catatan, sebanyak 41 701 calon telah menduduki peperiksaan STPM Tahun 2022 di 659 buah pusat peperiksaan di seluruh negara, manakala sebanyak 5668 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

MPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon STPM Tahun 2022.

Sumber foto: Farid DBP.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi