Diterbitkan pada 5 Julai 2023, 21:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pulau Pinang – Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar terus menyuburkan hubungan baik antara Perlis dengan Indonesia.

Hal ini menjadi tuntutan untuk kita saling mengeratkan hubungan persaudaraan antara saudara serumpun apatah lagi terdapat banyak persamaan yang melatari kedua-dua belah pihak sama ada dari sudut budaya, adat, bahasa, seni dan geopolitik.

Demikianlah titah baginda selepas berkenan menerima menghadap perpisahan oleh Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Bambang Suharto dan isteri beliau, Berti Agustina di George Town semalam.

Menurut baginda, Bambang akan berpindah pulang ke ibu pejabatnya di Jakarta setelah tiga tahun berkhidmat di Malaysia.

Semua pihak haruslah sentiasa berusaha menerokai aspek kepentingan bersama, sama ada dari sudut sosial, ekonomi dan juga politik.

Prinsip dasar ajaran Islam tentang hubungan manusia dengan manusia dan Mahabbah adalah tolong-menolong dalam kebaikan dan bukan tolong-menolong dalam keburukan. Ukhuwah atau persaudaraan itu sendiri berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu ‘akhun’ yang bermaksud saudara, kawan, teman atau sahabat.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Mengakhiri ucapan, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah usaha berkenaan diharapkan dapat membawa kekuatan bersama dalam menjayakan aspirasi kestabilan dan kehebatan ASEAN, serta juga IMT-GT.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi