Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSungai Petani – Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke-51 berlangsung dengan jayanya di Pusat Latihan Rela Wilayah Utara (PLRWU) Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah semalam.
RELA kini mencapai usia lebih daripada 50 tahun sejak penubuhannya dan telah melalui beberapa proses evolusi yang sangat membanggakan berbanding dengan objektif asal membuka peluang kepada rakyat terlibat dalam aspek menjaga ketenteraman awam dan keselamatan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika merasmikannya berkata, RELA sekarang mempunyai lebih daripada 140 000 anggota aktif di seluruh negara.
Walau bagaimanapun, sebanyak 500 anggota RELA kini terlibat dalam penugasan bersama Pasukan Gerak Am (PGA) bagi mengawal sempadan negara.
Anggota RELA apabila diberi latihan, mereka sudah tentu dapat memberikan perkhidmatan terbaik di mana-mana sahaja
Tambah Datuk Seri Saifuddin, banyak cabaran terpaksa dihadapi dan anggota RELA dan mereka yang ingin kepada perubahan semasa bakal menikmati kejayaan itu.
Urusetia hari tersebut, Penolong Pesuruhjaya RELA (PPjR), Siti Hajar Saarani berkata,
Program begini berjaya mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain dengan kehadiran 800 warga anggota RELA, termasuklah dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruji Ubi, Ketua Pesuruhjaya RELA, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.