Diterbitkan pada 1 Julai 2023, 16:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah agar kaum wanita mempertingkatkan diri dengan menambah ilmu pengetahuan supaya dapat berdaya saing pada zaman yang serba mencabar ini.

Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu merupakan elemen terpenting dalam pembentukan nilai seorang insan.

Dalam sejarah Islam, wanita bukan sekadar menguruskan rumah tangga, tetapi pada masa yang sama, turut terlibat dalam pelbagai bidang dan aktiviti kemasyarakatan.

“Malah ketokohan para wanita Muslimah itu terserlah terutama sekali dalam bidang pendidikan dan keilmuan,” titah Baginda.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Penutupan Webinar Wanita Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis berjudul “Ketokohan Wanita melalui Pedoman al-Quran dan al-Sunnah.”

Titah Tuanku lagi,

Sesungguhnya wanita ialah watak utama dalam pembentukan institusi keluarga. Pengasuhan dan pendidikan anak-anak segalanya bermula daripada tangan seorang wanita yang bergelar ibu.

Dengan tangan yang lembut menghayun buaian inilah maka lahirnya tokoh-tokoh yang memimpin masyarakat dan mentadbir negara. Maka dapatlah kita ketahui bahawa amat besar sekali peranan wanita dalam kehidupan manusia.

Demikian titah baginda dalam sesi Penutupan Webinar Wanita Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) tersebut.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi