Diterbitkan pada 27 Jun 2023, 18:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023 diumumkan pada 3 Julai 2023 kelak.

Menurut KPM, murid lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran melalui dua kaedah, iaitu secara dalam talian atau sekolah masing-masing.

Murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 16 Julai 2023 bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan A dan 17 Julai 2023 bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan B di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.

Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 25 Julai 2023.

Namun begitu, bagi murid yang tidak menerima tawaran, KPM mengatakan bahawa permohonan rayuan boleh dilakukan secara dalam talian mulai 3 hingga 17 Julai 2023. Bagi murid yang tidak mempunyai capaian Internet pula, rayuan boleh dilakukan melalui sekolah masing-masing

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 akan dimaklumkan pada 24 Julai 2023 melalui portal yang sama.

Bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.

KPM sentiasa berusaha untuk menawarkan peluang pendidikan terbaik untuk anak-anak selaras dengan hasrat membangunkan Malaysia MADANI.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi