Diterbitkan pada 17 Jun 2023, 14:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pulau Pinang – Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima Sesi Sembah Taklimat berkaitan dengan perkembangan, kemajuan dan hala tuju projek strategik Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Perlis pada petang semalam.

Pemangku Raja Perlis semasa sesi sembah taklimat.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pemangku Raja Perlis bersama-sama pengurusan tertinggi NCIA.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh pengurusan tertinggi NCIA yang terdiri daripada Ketua Eksekutif, Mohamad Haris Kader Sultan; Ketua Pegawai Operasi, Hasri A. Hasan; dan Pengarah Perkhidmatan Korporat, Zuhairi Mohmed.

Turut hadir ke program yang diadakan di Ibu Pejabat NCIA di Penang Science Park, Simpang Ampat, Pulau Pinang tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis, Puteh Soraya A Rahman.

Antara ahli pengurusan tertinggi NCIA Perlis sedang mendengar taklimat yang diberikan oleh Pemangku Raja Perlis.

Pembangunan bersepadu di Chuping akan menjadi kunci untuk memacu pertumbuhan sosioekonomi negeri Perlis. Untuk merealisasikan impak pembangunan ini, penyelarasan dan fasilitasi oleh Kerajaan Negeri adalah penting dalam memastikan projek berimpak tinggi NCER siap dengan lancar.

Pada masa yang sama, bagi memastikan semua sasaran utama Pelan Pembangunan Strategik NCER 2021-2025 tercapai, Kerajaan Negeri dan NCIA akan bekerjasama rapat untuk memastikan pelaksanaan yang lancar.

Pemangku Raja Perlis dan Raja Puan Muda Perlis bergambar kenang-kenangan bersama-sama ahli pengurusan tertinggi NCIA Perlis, petang semalam.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi