Diterbitkan pada 19 Mei 2023, 17:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kepala Batas – Sebanyak 800 orang guru hadir bagi memeriahkan program “Wacana Ilmu: Apresiasi Pendidikan” peringkat Negeri Pulau Pinang di Bertam Resort Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

Penerima anugerah yang hadir dalam “Wacana Ilmu: Apresiasi Pendidikan” peringkat Negeri Pulau Pinang di Bertam Resort Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

Dalam program tersebut, sebanyak 32 orang termasuk pesara guru telah dipilih menerima pelbagai anugerah yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Menurut urus setia program tersebut iaitu Syariman Alias, terdapat guru yang dipilih untuk menerima  wang tunai berjumlah RM1000 yang merupakan tajaan dari beberapa buah bank bagi menghargai perkhidmatan mereka selama ini.

“Hanya dua orang guru sahaja menerima hadiah istimewa berupa wang tunai RM2500 dan sebuah motosikal bagi setiap seorang,”  tambah beliau.

Beliau turut berkata,

Penerima Anugerah Tokoh Guru Negeri Pulau Pinang ialah, Loh Yat Cheng, 62 tahun, iaitu bekas Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Union Timur Laut dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri, Norhassim Mahat, 62 tahun yang merupakan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan.

Pihak penganjur menyampaikan ucapan penghargaan kepada pelbagai pihak, termasuk Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dan Co-op Bank kerana memberikan kerjasama terhadap program yang dianjurkan.

Persembahan deklamasi sajak yang disampaikan dalam program tersebut.

Bagi meraikan golongan pendidik, sebanyak lima anugerah baharu diperkenalkan dan diberikan kepada guru yang banyak menyumbang kepada masyarakat,iaitu Anugerah Jasa Bakti Sanjung Budi (AJBSB).

Penerima AJBSB tersebut ialah Hanifah Abdul Majid dari Seberang Perai Tengah (SPT), Mustafa Sapee dari Seberang Perai Selatan (SPS), Jaapar Mastan dari Barat Daya (BD), Mat Kamil Sudin dari Seberang Perai Utara (SPU) dan Lim Thoon Leong dari Timur Laut (TL).

Kesemua anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat (YAB) Tuan Chow Kon Yeow. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad; Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat dan Ketua Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Negeri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi