Diterbitkan pada 6 Mei 2023, 12:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kulim – Kejohanan Bertaraf Antarabangsa Tali Pinggang Pahlawan Muay Thai 2023 sempena Karnival Sukan Seni Bela Diri di bawah tajaan Ketolabs Malaysia selama dua hari berlangsung di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kedah bermula hari ini.

Ketolabs Malaysia merupakan pengeluar dan pengedar tunggal burger Malaysia yang boleh dimakan oleh rakyat negara ini pada bila-bila masa sahaja.

Pengerusi kejohanan itu, Muhammad Faizol Mukhtar berkata, seramai 64 peserta termasuk dari luar negara seperti Thailand, Cambodia, Brazil, Jerman, Amerika Syarikat dan lain-lain akan menunjukkan aksi perlawanan masing-masing dari pagi.

Peserta tempatan dan luar negara akan berlawan di atas pentas bagi mendapatkan Tali Pinggang Kejuaraan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Kira-kira 4,000 orang penonton bakal menyaksikan kejohanan terbesar kali ini di samping mendapat hadiah melalui cabutan nombor bertuah berupa sebuah motosikal jenama Yamaha Y16ZR berharga RM11,000, barang kemas serta wang tunai.

Mohammad Faizol berkata, kejohanan ini mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), mematuhi syarat yang ditetapkan dan berinsurans dengan kerjasama Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kehadiran beberapa orang peserta hebat berstatus dunia di kejohanan ini begitu bermakna sekali.

Kita berharap Kejohanan Tali Pinggang Pahlawan Muay Thai kali ini bakal menjadi acara tahunan di negeri Kedah pada masa akan datang.

Diharapkan juga dengan adanya kejohanan seperti ini, ia (kejohanan ini) akan membawa satu aktiviti sihat kepada penggiat sukan seni bela diri bagi rakyat Malaysia khasnya.

Sebuah motosikal jenama Yamaha untuk cabutan nombor bertuah.
Peserta sedang menimbang berat badan sebelum perlawanan dimulakan.
Sebahagian daripada peserta kejohanan bergambar dengan pihak penganjur.
Tali Pinggang Pahlawan Muay Thai 2023 yang menjadi rebutan.
Sebahagian daripada peserta kejohanan membuat aksi masing-masing.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi