Diterbitkan pada 3 Mei 2023, 14:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Pemangku Raja Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi mangsa kebakaran rumah, Ramli Bakar di Kampung Pida 3, Semut Gatal, Arau pada petang semalam.

Menurut laporan, kejadian kebakaran tersebut berlaku pada sekitar pukul 4.00 petang pada hari Isnin baru-baru. Bencana ini telah menjejaskan keseluruhan struktur rumah berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berwajib.

Tuanku Pemangku Raja telah berkenan menyampaikan  sumbangan bantuan awal bencana bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM700.

Sumbangan MAIPs berjumlah RM700 disampaikan oleh Tuanku Pemangku Raja kepada mangsa kebakaran rumah.

“Semoga mangsa dan keluarga terus kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan di bulan Syawal ini,” titah baginda mendoakan kesejateraan rakyatnya.

Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyaksikan penyerahan bantuan bencana dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis berjumlah RM5700 yang disampaikan oleh pengarahnya, Ku Chik Ku Md Isa.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan untuk membaik pulih kediaman yang terjejas tertakluk kepada segala garis panduan yang telah ditetapkan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi