Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Alor Setar – Sebanyak 55 orang kanak-kanak di Rumah Kanak-kanak Pokok Sena (RKKPS) Alor Setar, Kedah diraikan dalam program Sedetik Bersama, Selangkah Ke Hati anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah, hari ini.
Pengetua RKKPS, Encik Harrif Abu Hassan mengatakan bahawa langkah yang diambil oleh MKN Kedah untuk mengadakan majlis tersebut merupakan satu anjuran yang sangat baik.
Sekurang-kurangnya, kanak-kanak tersebut lebih ceria dengan kehadiran kakitangan MKN Kedah ini.”
“Tujuan program diadakan adalah untuk mendekati golongan kanak-kanak yang teraniaya dan terabai, termasuklah oleh keluarga masing-masing.
Menurut beliau, melalui pendekatan begini, program ini mampu memberikan keyakinan kepada penghuni bahawa masyarakat dan agensi kerajaan sentiasa prihatin dan menghargai mereka dalam apa-apa jua keadaan.
RKKPS merupakan institusi “tempat selamat” bagi pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2007 di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Semua kanak-kanak lelaki berada di situ, masing-masing berumur antara enam hingga 16 tahun di bawah seliaan JKM.
Tambahnya, terdapat beberapa kategori kanak-kanak yang ditempatkan di RKKPS, iaitu mereka yang di dera dari aspek fizikal, emosi, penganiayaan seks oleh ibu bapa atau penjaga.
Sehubungan dengan itu, pelbagai pengisian di atur bagi meraikan kanak-kanak di RKKPS, seperti aktiviti permainan papan, penyerahan sumbangan duit raya, berbuka puasa bersama, serta solat maghrib berjemaah.
Di samping itu, MKN Kedah juga berbesar hati untuk memberikan sumbangan berupa kelengkapan solat dan buku cerita untuk digunakan kanak-kanak di situ.
Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid, Pembantu Kebajikan Masyarakat, Azrisham Abu Bakar, Penolong Pengarah Keselamatan Daerah MKN Kedah, Encik Mohd Nurul Hasri Abdullah Hashim dan Timbalan Pengetua PKKPS, Hassan Ahmad.