Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Dewan Rakyat telah meluluskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governans dan Anti Rasuah pada 3 April 2023 yang lalu dan dipengerusikan oleh YB Tuan Syed Ibrahim Syed Noh. Keanggotaan KRPPM ini terdiri daripada lapan anggota ahli Parlimen dalam kalangan parti pemerintah dan parti pembangkang.
Selain itu, KRPPM juga dianggotai oleh YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, YB Young Syefura Othman, YB Dr. Muhammed Taufiq Johari, YB Tuan Haji Mohd Syahir Che Sulaiman, YB Tuan Khoo Poay Tiong, YB Tuan Haji Azli Yusof, YB Tuan Roy Angau Gingkoi, YB Puan Rodiyah Sapiee, YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy, YB Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khirudin, YB Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan.
Fokus penubuhan KRPPM ini adalah untuk memastikan perubahan sistemik dan Legislatif bagi mempertingkatkan integriti, tadbir urus dan pencegahan rasuah di Malaysia melalui gabungan kolektif ahli-ahli Parlimen, Senator, masyarakat sivil dan pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan.
KRPPM menyasarkan tumpuan pelaksanaan reformasi institusi yang merangkumi:
KRPPM turut dianggotai oleh kumpulan masyarakat sivil, iaitu #RasuahBusters-Yayasan Sinar untuk Malaysia (Sekretariat), Transparency International Malaysia, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), PATRIOT, UNDI 18, Bar Council Malaysia dan kumpulan pakar dan profesional, YBhg. Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar, YBhg. Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak, YBhg. Datuk Hussamuddin Yaacub, YBhg. Datuk Dr. Anis Yusal, Encik Shah Hakim Zain, Encik Anas Zubedy, Puan Maha Balakrishnan, Encik Christopher Leong, YBrs. Dr. Terence Gomez dan Encik Badlishah Sham Baharin.
KRPPM turut menyatakan komitmen yang menyeluruh daripada setiap anggota demi memastikan ketelusan, akauntabiliti dan menyekat penyalahgunaan kuasa melalui penggubalan dan pemerkasaan dasar serta penambahbaikan polisi bersama program kesedaran dan advokasi kemasyarakatan yang berterusan.
Hal ini bersesuaian dengan aspirasi kerajaan yang mengangkat agenda integriti dan antirasuah, gabungan kolektif suara rakyat, ahli Parlimen dan Senator. KRPPM berharap agar usaha tersebut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan anggota pentadbirannya, Speaker, Peguam Negara, ahli Parlimen serta seluruh jentera parti politik bagi menjayakan usaha dan objektif untuk negara yang lebih progresif dan amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya demi kepentingan rakyat Malaysia.