Diterbitkan pada 1 April 2023, 11:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sungai Petani – “Peserta perlu terus yakin, mahir untuk mengatur, mengelola dan mengendalikan sebarang majlis, mereka juga perlu mengetahui, memahami dan memelihara imej agar sentiasa berhemah, menarik dan dihormati,” kata Mohammad Adib Mohd Yussoff.

Sebahagian peserta yang mengikuti Kursus Protokol dan Etika anjuran Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) di Dewan Sarjana Dua, UiTM Cawangan Kedah.

Sebanyak 53 orang mahasiswa semester dua hingga lima, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah telah menyertai Kursus Protokol dan Etika 2023 anjuran Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) yang berlangsung di Dewan Sarjana Dua, Merbok, Kedah semalam.

Selaku ketua program, Mohammad Adib Mohd Yussoff berkata, kesemua peserta telah menunjukkan minat melalui mempelajari ilmu berkaitan dengan protokol dan etika dalam pengurusan majlis, etika berpakaian ketika di meja makan dan protokol di istana.

Ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Asmadi Mohammed Ghazali boleh dijadikan sebagai panduan yang berguna kepada semua peserta dalam pengurusan dan pengendalian majlis rasmi. Prof Madya Ts. Dr. Asmadi Mohammed Ghazali merupakan Pensyarah Kanan, Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media UiTM Kedah.

Mohammad Adib Mohd Yussoff berkata,

Tidak semua pelajar UiTM mampu memperoleh ilmu seumpama ini. Kursus ini bertujuan untuk menyediakan kemahiran kepada ahli Kor SUKSIS dalam menganjurkan majlis rasmi agar lebih tersusun dan lancar, contohnya dalam Majlis Pentauliahan Pegawai SUKSIS dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, penceramah telah memberikan kefahaman tentang aspek teori dan amalan protokol serta etiket yang meliputi konsep, prinsip, pengurusan dan pengacaraan majlis.

Menurut Mohammad Adib Mohd Yussoff lagi,

Apabila peserta mempunyai ilmu tersebut, mereka berupaya menjadi pengacara majlis yang berkesan, penyambut tetamu yang baik, menjaga tertib berpakaian mengikut majlis, menjaga keterampilan diri di meja makan dan protokol di istana.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi