Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangArau – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Persatuan Teqball Negeri Perlis memperkenalkan sukan tekbol kepada pelajar menerusi Kejohanan Teqball Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis (Bawah 18 Tahun).
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP merangkap Pengerusi Penaja Persatuan Teqball Negeri Perlis berkata,
Kejohanan ini akan dilaksanakan selepas sambutan perayaan Aidilfitri untuk mencungkil dan memilih bakat baharu bagi mewakili Perlis pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Majlis perasmian kejohanan yang julung kali diadakan telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang diadakan di perkarangan Pusat Teratak Jagaan Rahmat, Mata Ayer, hari ini.
Hadir sama ialah Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Ir. Baharin Din dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN), Naharudeen Othman.
Dalam usaha memperkenalkan sukan tekbol di negeri ini, Prof. Dr. Mohd Fo’ad berkata, TNB telah menyumbang sebanyak RM3000 untuk tujuan penganjuran kejohanan tekbol.
Tambah Prof. Dr. Mohd Fo’ad, “pihak TNB yang diwakili oleh Datuk Indera Ir. Baharin turut menyerahkan piala pusingan kepada kami.”
Dalam majlis sama, demonstrasi permainan tekbol turut diadakan oleh staf Pusat Sukan dan Rekreasi UniMAP bersama wakil daripada Kelab Kilat TNB Perlis.