Diterbitkan pada 14 Mac 2023, 15:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2022 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 21 Mac 2023 kelak.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa sebanyak 3667 MBPK dari 730 buah sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2022/2023. Mereka layak dianugerahi Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).

SASM tahun 2022 boleh diperoleh dari sekolah masing-masing pada 21 Mac 2023 mulai pukul 10 pagi.

“KPM sentiasa komited untuk memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan terjamin seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025,” kata KPM dalam satu kenyataan pada hari ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi