Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangMelbourne, Australia – Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan daripada Royal Melbourne Institute Of Technology (RMIT) University, iaitu Timbalan Naib Canselor RMIT, Profesor Sherman Young, Pengarah Strategik dan Impak bagi Asia, Layton Pike dan Pendaftar Akademik, Connie Merlino, semalam.
Titah Tuanku Raja Muda dalam siaran media Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis pada pagi ini,
Institusi pendidikan tinggi akan terus berjaya melahirkan lebih banyak graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik.
Kecemerlangan dalam kokurikulum dan sahsiah diri juga antara elemen yang penting bagi memastikan generasi anak muda terus berkembang untuk membentuk generasi yang bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan yang dilaksanakan.
Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) turut berkenan menyampaikan cenderahati berupa plak bagi pihak UniMAP dan KUIPs dalam majlis tersebut.
Pada masa yang sama, Tuanku Raja Muda juga berharap agar pelbagai bentuk kerjasama boleh dijalinkan antara RMIT University dengan UniMAP dan juga KUIPs pada peringkat antarabangsa.