Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini memberikan penjelasan yang berkaitan dengan isu tular dalam Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 yang telah dijalankan pada 16 Februari 2023 (Khamis).
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh LP, pelaksanaan UMBI SPM tahun 2022 telah mendapat perhatian masyarakat apabila terdapat beberapa dakwaan dalam media sosial berkaitan dengan kadar kelajuan pertuturan dan penggunaan penggiat TikTok sebagai pelontar suara. Keputusan LP menggunakan bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM tahun 2022 dibuat berdasarkan ketetapan yang berikut.
Oleh itu, LP menegaskan bahawa penggiat TikTok sebagai pelontar suara audio UMBI SPM tahun 2022 adalah tidak tepat. Dalam kenyataan media yang sama, LP memaklumkan bahawa pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM tahun 2022 adalah terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti. Pelontar suara merupakan individu yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris. Selain itu, mereka yang terlibat juga telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen UMBI SPM tahun 2022.
Sehubungan dengan itu, LP yakin bahawa kualiti bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM tahun 2022 kekal utuh. LP akan memastikan kepentingan dan keadilan kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 adalah terjamin.