Diterbitkan pada 16 Februari 2023, 20:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
YBrs. Encik Zainudin Mohamad, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Pelajar) Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama-sama para pemenang Pertandingan Pemakanan Sihat Bersama Gardenia.

Kuala Lumpur – Majlis Penyampaian Anugerah Program Amalan Pemakanan Sihat Bersama Gardenia telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zainudin Mohamad, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Pelajar) Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Aloft Hotel pada hari ini.

YBrs. Encik Zainudin Mohamad, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Pelajar).

YBrs. Encik Zainudin Mohamad dalam ucapannya berkata:

Program Pemakanan Sihat Gardenia ini merupakan usaha yang baik untuk menerapkan tabiat pemakanan sihat pada peringkat awal dalam kehidupan pelajar. Pada peringkat inilah pelajar menyediakan makanan mereka sendiri. Jadi inilah masa terbaik untuk memperkenalkan mereka dengan Piramid Makanan Malaysia dalam Pinggan Sihat Malaysia seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Program Amalan Pemakanan Sihat Gardenia yang dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. dengan kerjasama KPM mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada 100 buah sekolah menengah dengan pelibatan daripada 110 000 orang pelajar dan guru dari Semenanjung Malaysia meliputi Wilayah Tengah, Utara, Selatan dan Timur. Program ini telah melabuhkan tirainya pada hari ini dengan pengumuman lapan pemenang utama.

YBrs. Puan Lavinia Anthony, Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

Menurut YBrs. Puan Lavinia Anthony, Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., di samping penerapan tabiat pemakanan sihat dalam kalangan pelajar sekolah menengah, pihak Gardenia Roll-Up Wraps berhasrat untuk menggilap kreativiti pelajar melalui penghasilan resipi masakan yang boleh meningkatkan kemahiran hidup, termasuklah kemahiran memasak dan semangat bekerjasama dalam pasukan.

Setiap kumpulan terdiri daripada seorang guru dan dua orang pelajar yang akan bekerjasama dalam mencipta hidangan berkhasiat menggunakan Gardenia Roll-Up Wraps. Berdasarkan tema “Amalan Pemakanan Sihat”, peserta dikehendaki mencipta resipi dan merekodkan proses penyediaan makanan dalam bentuk video yang menarik dan menghantar video tersebut bersama-sama dengan laporan untuk proses penilaian. Daripada 100 buah sekolah yang mengambil bahagian, lapan buah sekolah berjaya mara ke peringkat akhir.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka telah diumumkan sebagai Pemenang Anugerah Program Amalan Pemakanan Sihat Bersama Gardenia dan menerima wang tunai sebanyak RM3000, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Terengganu pula mendapat tempat kedua dan menerima wang tunai sebanyak RM2000 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Perlis mendapat tempat ketiga dan menerima wang tunai sebanyak RM1500.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka berjaya memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Pemakanan Sihat Bersama Gardenia.
Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Terengganu mendapat tempat kedua.
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Perlis mendapat tempat ketiga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain pemenang hadiah utama, lima buah sekolah turut mendapat Tempat Sagu hati dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 bagi setiap kumpulan, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam; Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Negeri Sembilan; Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya, Kedah; dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana, Kuala Lumpur.

Tambah Puan Lavinia Anthony.

Seperti program Gardenia yang lain, nilai-niai murni turut diterapkan dalam pelaksanaan program ini. Kami sentiasa berusaha menyemai nilai-nilai murni untuk membentuk individu yang berperibadi tinggi dan menjadi generasi yang lebih sihat.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah Program Amalan Pemakanan Sihat Bersama Gardenia ini ialah YBrs. Cik Rosniza Hussin, Ketua Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBrs. Encik Muhamad Tarmizi Muhammad Nor Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, YBrs. Encik Derrick Khoo, Pengurus Besar Kanan, Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

Tetamu kenamaan bergambar bersama-sama produk Gardenia Roll-Up Wraps.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi