Diterbitkan pada 9 Februari 2023, 19:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merujuk kepada video sidang media yang tular di Facebook pada 8 Februari 2023 berkaitan dakwaan guru meminta murid menukar agama.

Difahamkan KPM telah mendapatkan maklum balas awal daripada pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) berhubung dengan kenyataan video tular tersebut. Siasatan awal telah dijalankan segera bagi mendapatkan kesahihan maklumat.

KPM turut memandang serius terhadap isu yang dilaporkan ini dan menegaskan bahawa hal agama tidak boleh dijadikan persendaan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan negara.

Sehubungan dengan itu, siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan persendaan kaum atau agama. Pada masa yang sama, KPM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat laporan polis dibuat mengenai isu tersebut.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi