Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBera – Calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU-15) dengan majoriti 16 965 undi. Kemenangan tersebut sekali gus membuktikan bahawa pengundi di Parlimen Bera masih mengakui kewibaan Dato’ Seri Ismail Sabri yang telah mendapat mandat sebagai Ahli Parlimen Bera sejak dari tahun 2004.
Terdahulu, Dato’ Seri Ismail Sabri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO berjaya mempertahankan kerusinya dengan memperoleh sebanyak 20 760 undi dengan mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2311) dan calon PAS (8096 undi) ketika PRU-14.
Pada PRU-15 kali ini, semangat Keluarga Malaysia yang menjadi aspirasi beliau telah membuatkan beliau sekali lagi mendapat mandat di P.090 Bera, dengan jumlah undi sebanyak 31 762, iaitu meningkat sebanyak 11 002 undi berbanding dengan PRU-14. Pada kali ini, beliau telah mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) sebanyak 15 067 undi dan calon Perikatan Nasional (PN) dengan undi sebanyak 12 719.

Peratusan pengundian berbanding dengan jumlah pemilih adalah sebanyak 77.90 peratus. Pengumuman rasmi keputusan P.090 Bera telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif di Dewan Konvesyen Majlis Daerah Bera.
Keputusan penuh P.090 Bera adalah seperti yang berikut.
