Diterbitkan pada 16 November 2022, 20:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima taklimat Status Pelaksanaan Projek dan Kerja-kerja Penyelenggaraan Persekutuan dan Negeri di Negeri Perlis yang berlangsung di Balai Mengadap Biru Istana Arau, tengah hari tadi.

Dalam majlis tersebut, Tuanku Raja Perlis amat prihatin terhadap kemajuan negeri, malah menitikberatkan hal-hal berkaitan dengan kesejahteraan hidup rakyat. Titah baginda dengan beberapa pandangan kepada pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri.

Berangkat sama dalam majlis ini ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Taklimat dipersembahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir Haji Wan Sulaiman. Turut hadir ialah Pengarah Kanan KKR, Dato’ Ir. Hj Zulkipli Hj Nasri dan Pengarah JKR Negeri Perlis Ir. Mohd Shahril Mohd Said.

Sebelum ini, pada penghujung 1990-an dan awal 2000-an, Wan Ahmad Uzir pernah bertugas di Perlis sebagai Penolong Pengarah Pembangunan, Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (ICU JPM), manakala Zulkipli pula berkhidmat di Perlis sebagai Penolong Jurutera Bangunan JKR Negeri Perlis dari 1 Oktober 1997 hingga 15 Oktober 2002.

Mengulas lanjut, terdapat pelbagai  “Projek Dalam Perancangan” dan “Projek Yang Sudah Dalam Pembinaan” dilaksanakan bagi peringkat persekutuan dan negeri yang dipersembahmaklumkan kepada Tuanku Raja dan Tuanku Raja Muda.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi