Diterbitkan pada 28 Oktober 2022, 17:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pauh Putra – Rejimen 504 Askar Wataniah menerima keberangkatan tetamu diraja ke Perlis bagi menghadiri Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 33/2022 bermula pada hari ini dan berakhir pada 30 Oktober 2022.

Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima sembah menghadap Rejimen 504 Askar Wataniah.

Antara tetamu diraja yang menghadiri persidangan tersebut, termasuklah Raja Muda Kedah Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin (Komander Rejimen 513 AW); Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan Brigedier Jeneral Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz (Komander Rejimen 508 AW); Tengku Seri Temenggong Raja Tetengganu Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Komander (Rejimen 512 AW); dan Tengku Panglima Raja Pahang Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Komander Rejimen 505 AW).

Persidangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman. Turut serta ialah Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mejar Jeneral Datuk Hamdan Haji Ismail.

Mengulas lanjut, raptai penuh diadakan di sekitar Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni di Seberang Ramai Kuala Perlis pada sebelah petangnya dan di Istana Arau pada malam semalam.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi