Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Bersempena Festival Bahasa dan Sastera 2022, Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Forum Pelajar Ke-30 kali ini diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mengasah bakat pelajar melalui aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan I, YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon, bahasa Melayu berkaitan rapat dengan perpaduan yang satu daripadanya pancangnya ialah bahasa kebangsaan. Semangat perpaduan ini mestilah diterjemahkan oleh semua kaum dengan menggunakan bahasa kebangsaan untuk berkomunikasi dalam segenap aspek, seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan bahawa bahasa kebangsaan mampu menyimpul kukuh ikatan perpaduan negara yang berbilang bangsa sebagai pengantar utama.
Kita percaya hasil daripada pertandingan yang lebih daripada satu dekad ini telah melahirkan ramai pelapis yang mahir berbahasa Melayu dalam pelbagai bidang.
Sebanyak 46 buah sekolah dipertandingkan, yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Sementara itu, Festival Bahasa dan Sastera 2022 pula melibatkan seramai 12 pasukan bagi kategori suara harmoni maya, manakala deklamasi puisi (41 peserta), pidato (560 peserta) dan bercerita (894 peserta).

Pada masa yang sama, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, YBhg. Datuk Seri Profesor Dr. Awang Sariyan berkata:
Hari ini, satu lagi lakaran sejarah memartabatkan bahasa kebangsaan.
“Ini merupakan arena terbaik dan penting kepada pelajar bukan Melayu untuk memperkemas penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul, di samping menggalakkan mereka untuk mengambil bahagian dalam kegiatan yang boleh menonjolkan potensi diri mereka.
Kejayaan program saban tahun ini adalah usaha sama dari DBP bersama-sama rakan sinerginya, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Persatuan Kebudayaan Han Malaysia (HAN), dan Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF).
Turut hadir bersama-sama ialah YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran, Ketua Pengarah DBP, YBhg. Dato Goh Hin San, Presiden HAN dan YBrs. Encik Lim Chuan Boon, Presiden PERSPEKTIF.



Johan: Sekolah Menengah Jalan Riam, Sarawak
Naib Johan: Sekolah Menengah Tshung Tsin, Sabah
Tempat Ketiga: Sekolah Menengah Pin Hwa, Selangor
Sagu hati:
Sekolah Menengah Shen Jai, Perak
Sekolah Menengah Foon Yew Kulai, Johor
Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang
Pengerusi Forum Terbaik: Mycearsarion Santa Franklin, Sekolah Menengah Jalan Riam, Sarawak
Ahli Forum Terbaik: Avvy Lim Yi Wei, Sekolah Menengah Tshung Tsin, Sabah
Johan: Faith Wong Yar Shin, SJKC Wangsa Maju
Naib Johan: Xavier Wee Xing Hau, SJKC Chung Hua Pujut, Miri
Tempat Ketiga: Ng Zhi Xun, SJKC Yuk Chai, Petaling Jaya
Johan: Elyzereen Agbayani, SJKC Yuk Choi, Lahad Datu
Naib Johan: Ravinaasri Nanthakumar, SJKT Jalan Fletcher
Tempat Ketiga: Nhaamyha A/P Vikneswaran, SJKT Kajang
Johan: Tai Weuy Liang, SM Tsun Jin, Kuala Lumpur
Naib Johan: Carmen Ngo, SM Kuen Cheng, Kuala Lumpur
Tempat Ketiga: Estherfenny Bathrice Romie, SM Tshung Tsin Tenom
Johan: Sekolah Menengah Jalan Riam, Miri, Sarawak
Naib Johan: Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuala Lumpur
Tempat Ketiga: Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru, Johor