Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Putrajaya – Seperti Pelan Pelaksanaan (RP)4 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan projek pembinaan sekolah baharu di Putrajaya sudah diluluskan.
Menteri Kanan Pendidikan, YB Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pembinaan sekolah baharu adalah berdasarkan keutamaan pada kawasan berkepadatan penduduk serta mengambil kira jangkaan kepadatan penduduk pada masa akan datang.
Kementerian mendapati bahawa trend peningkatan kepesatan pembangunan dan kepadatan penduduk di sesuatu penempatan berlaku lebih cepat, namun tiada sekolah baharu dibina.

Kita tahu jumlah penduduk akan terus meningkat dan jika pembinaan sekolah diberi keutamaan lebih awal, maka kesesakan murid pada setiap sekolah tidak akan berlaku.
Langkah membina sekolah baharu ini juga adalah sebahagian daripada perancangan intervensi kementerian dalam mengatasi isu murid padat di dalam kelas pada masa kini dan juga akan datang.
Dalam tinjauan semasa Majlis Penyerahan Pelaksanaan Projek Pembinaan Kompleks Sekolah Presint 15, YB Datuk Dr. Radzi Jidin berkata:
Ini merupakan kompleks pertama untuk penduduk di Presint 15. Sebelum ini, di Presint 15 tiada sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Jelas beliau,
Dengan pembinaan kompleks ini yang mengandungi 36 bilik darjah bagi sekolah rendah dan 30 bilik darjah bagi sekolah menengah, tentunya akan memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar.
Mengenai Kompleks Sekolah Presint 15, kerajaan telah memperuntukkan seluas 5.9 hektar dan RM121 juta untuk projek pembinaan sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan itu.
Kongsi beliau ketika sidang media diadakan selepas menyempurnakan majlis penyerahan tersebut pada pagi tadi,
Projek pembinaan sekolah di Kompleks Sekolah Presint 15 ini dijangkakan siap pada Ogos 2025.
Beliau mengulas lanjut, selain Sekolah Presint 15, terdapat beberapa lagi projek pembinaan sekolah baharu di Putrajaya yang telah diluluskan untuk pembinaan, iaitu SK Putrajaya 8(3), SK Putrajaya Presint 17(2) dan Kompleks Presint 5(2).

Sumber foto: KPM