Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Pauh Putra – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung DiRaja Persatuan Besbol Malaysia berkenan berangkat menghadiri majlis penyerahan simbolik bendera kontinjen Pasukan Besbol Lelaki negara yang akan menyertai Kejohanan Besbol Piala Koni 2022 di Jakarta, Indonesia pada 25 hingga 29 Ogos 2022.
Menurut Naib Presiden Persatuan Besbol Malaysia, Dali Abdul Latiff Aw,
Pasukan negara dijadualkan akan bertemu dengan pasukan besbol kebangsaan Singapura dan Indonesia. Hal ini bermakna, pasukan besbol lelaki negara bakal mengutip mata kedudukan dunia buat pertama kali pada tahun ini setelah 12 tahun tidak beraksi di pentas antarabangsa.
Majlis penyerahan simbolik bendera kontinjen Pasukan Besbol Lelaki menyaksikan bendera tersebut diserahkan oleh Naib Presiden Persatuan Besbol Malaysia, Dali Abdul Latiff Aw kepada Setiausaha Persatuan Besbol Perlis, Syed Akhmal Syed Jamalil di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), semalam.