Diterbitkan pada 11 Jun 2022, 11:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – “Ekosistem makanan kini amat dinamik dan sering terdedah kepada perubahan landskap politik, ekonomi dan sosial. Usaha menjaga kelangsungan dan kestabilan rantaian agromakanan perlu mendapat sokongan daripada semua pihak, termasuklah sektor awam dan swasta, serta mereka yang berkepentingan tanpa mengira latar belakang pendidikan, ekonomi, sosial dan juga jantina.”

Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Titah Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selepas berkenan menyempurnakan sesi menandatangani surat penghargaan kepada jawatankuasa penganjuran program Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Siri ke-9 yang bertajuk “Agropreneur Wanita: Saksama Bersama Menjamin Sekuriti Makanan Negara”, berlangsung secara dalam talian, anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan YTF.

Menurut Tuanku Raja Puan Muda Perlis, pelibatan golongan wanita dalam bidang pertanian kini tidak asing asing, malah berjaya membuktikan bahawa  mereka juga berkemampuan untuk menerajui bidang yang lebih sinonim dengan golongan lelaki ini.

Selain itu, pelbagai pencapaian telah disaksikan bahawa golongan wanita ini membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat, lantas menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara. Hal ini dikatakan demikian sangat bertepatan dengan slogan MAFI, iaitu “Pertanian Menjana Ekonomi” dan “Memartabatkan Sekuriti Makanan Negara”.

DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis yang merangkap Tuanku Pengerusi YTF merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih khas kepada Ketua Setiausaha MAFI, Dato’ Haslina Abdul Hamid atas pelibatan dan komitmen yang tinggi serta warga MAFI dan penceramah undangan dalam menjayakan program webinar ini, yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi