Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangArau – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis hadir mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) negeri, hari ini.
Upacara mengangkat sumpah yang berlangsung di Balai Menghadap Istana Arau diadakan di hadapan Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Sebanyak lapan ADUN yang tersenarai dilantik sebagai EXCO ialah Asmaiza Ahmad (Chuping), Hamizan Hassan (Kayang), Azizan Sulaiman (Santan), Ruzaini Rais (Beseri), Nurulhisham Yaakob (Simpang Empat), Rozieana Ahmad (Pauh), Siti Berenee Yahaya (Mata Ayer) dan Teh Chai Aan (Titi Tinggi).
Turut berangkat dalam majlis ucapara mengangkat sumpah ini ialah Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
