Diterbitkan pada 9 Jun 2022, 16:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Sesi bergambar bersama-sama DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Kangar – Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penganugerahan Anugerah Cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis kepada Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 Negeri Perlis yang berlangsung di Hotel Putra Regency Kangar, hari ini.

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah menyampaikan Anugerah Cemerlang YTSP kepada Muhammad Ali Azeem Abdul Rahim (9A+) dan Izza Azeera Hashim (6A+ 3A).

Selain Anugerah Cemerlang YTSP, terdapat sembilan orang penerima bagi Anugerah Kepujian YTSP Perlis yang terdiri daripada Teoh Kar Keat (9A+ 2A), Ong Liyan (8A+ 2A), Yong Zhee Hang (5A+ 5A 1A-), Shazrin Balqis Shamsul Kamal (5A+ 3A 1A-), Nurliyana Amani Zainodin (4A+ 4A 1A-) dan Ahmad Amirul Zharif Ahmad Rahim (4A+ 4A 1A-).

Menurut YTSP, setiap penerima Anugerah Cemerlang akan menerima sijil, pingat dan wang tunai berjumlah RM1000 bagi setiap seorang penerima, manakala YTSP berhasrat memberikan sijil dan wang tunai berjumlah RM500 kepada penerima Anugerah Kepujian.

Keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis ke majlis itu turut dihadiri oleh Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis, dan disambut baik oleh Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis, Dato’ Johari Mohd Darus.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi