Diterbitkan pada 31 Mac 2022, 19:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Bersempena dengan Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya, kerajaan negeri Sabah mengumumkan sebanyak RM19.8 bilion pelaburan berjaya diraih menerusi memorandum perjanjian (MOA) dan memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan inisiatif pelaburan yang tertumpu kepada Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP). Berikut perjanjian yang telah dimeterai;

Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengumumkan bahawa kerajaan Sabah berjaya meraih pelaburan sebanyak RM19.8 bilion.
  1. Perjanjian subpajakan ( sublease) antara Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn. Bhd. (SOGDC) dengan Petroventure Energy Sdn. Bhd. melibatkan pelaburan bernilai RM6 bilion untuk membina loji penapisan dan penyimpanan petroleum.
  2. Perjanjian subpajakan antara SOGDC dengan PMB Technology Bhd. untuk pembangunan loji silikon logam dengan nilai pelaburan sebanyak RM2 bilion.
  3. MoU antara SOGDC dengan Sonoma Resources Co Ltd. (SR) dengan EMOG/Cakara Maritime Sdn. Bhd. untuk loji hidrogen – ammonia bernilai RM2 bilion.
  4. MoU antara SOGDC dengan Shanxi Construction Investment Group (SCIG), Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan Institute of Coal Chemistry, Chinese Academy of Sciences (ICC – CAS) dengan jumlah pelaburan sebanyak RM4bilion bagi projek loji diesel hijau.
  5. MoU antara SOGDC dengan Sisma Energy Sdn. Bhd. dan Globaltec Formation Bhd. bagi projek loji pengegasan semula, penyimpanan dan terminal LNG berkapasiti 4 MPTA dengan nilai pelaburan sebanyak RM5 bilion.
  6. MoU antara SOGDC dengan ADSI Engineering Sdn. Bhd. (ADSIE) dengan nilai pelaburan berjumlah RM800 juta bagi membangunkan loji janakuasa gas berkapasiti 200 megawatt (MW)untuk SOGIP.

Selain itu, MoU antara kementerian dengan agensi-agensi lain juga turut ditandatangani yang melibatkan;

  1. Nota persefahaman pelaksanaan program Modul Integriti dan Rasuah bagi menanam nilai integriti dan antirasuah dalam kalangan pelatih dan belia.
  2. MoU antara Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelaksanaan Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) melalui PTPTN oleh Kerajaan Negeri dengan menawarkan sebanyak RM100 dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk 50 ribu anak Sabah yangdilahirkan bermula tahun 2022.
  3. MoU antara kerajaan negeri dengan BorneoMed Sdn. Bhd. untuk pembangunan ladang herba bersepadu yang menjanjikan pendapatan sebanyak RM1.2 bilion setahun serta 400 peluang pekerjaan.

Berdasarkan kejayaan meraih pelaburan yang keseluruhannya bernilai RM19.8 bilion, Sabah diyakini berada pada landasan yang tepat untuk menuju Sabah maju jaya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi