Diterbitkan pada 13 Mac 2022, 18:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kangar – Sebagai pendidik, perubahan melakukan anjakan paradigma dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah sangat penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Perkembangan dan perubahan yang drastik dalam bidang pendidikan pada alaf, tatkala menuju fasa endemik Covid-19, proses PdP haruslah berbentuk yang lebih proaktif dan bercirikan pengkomputeran atau penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Demikian titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang menekankan kepentingan seseorang pendidik atau pensyarah dalam usaha meningkatkan penguasaan mereka dalam bidang teknologi TMK yang semakin canggih seiring dengan perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0 dan Masyarakat 5.0.

“Kualiti pendidikan negara kini lebih diyakini dan mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pendidikan global,” titah Raja Muda Perlis selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21 000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih.

Dalam penyerahan sumbangan yang diagih oleh amilnya, Mohd. Faisal Mohd Arshad pada pagi tadi, sebanyak RM700 diberikan kepada anak kariah Masjid Al-Rahim, Kampung Titi Tok Bandar di Kangar, Perlis.

Turut bersama-sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi