Diterbitkan pada 11 Mac 2022, 16:46
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa sebanyak 4828 guru berjaya dalam pengambilan khas secara sekali beri (one-off) bagi lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41.
Menteri Kanan Pendidikan, YB Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pengambilan khas ini akan diumumkan pada 18 Mac ini secara rasminya.
“Semua guru yang terbabit akan mula melaporkan diri pada 4 April 2022,” kata YB Datuk Dr. Radzi dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan daripada itu, calon yang berjaya ditempatkan boleh membuat semakan di portal e-Graduan KPM.