Diterbitkan pada 19 Disember 2021, 11:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Telok Panglima Garang, Selangor – Hujan lebat yang berterusan dalam tempoh dua hari ini menyebabkan kebanyakan kawasan di sekitar Lembah Klang, terutamanya Selangor telah dinaiki air pada paras yang tinggi.

Rentetan keadaan banjir yang disifatkan luar jangkaan ini, banyak sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sekitar pukul 1.00 pagi tadi, Menteri Pendidikan, YB Datuk Dr. Radzi Jidin turut meninjau keadaan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang yang dijadikan satu daripada PPS.

Dalam tinjauan tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberikan taklimat berkenaan dengan situasi terkini di pusat ini, seperti urusan pemindahan mangsa banjir oleh pasukan penyelamat dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah, semua urusan permindahan berjalan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses membantu mangsa-mangsa banjir ini, termasuklah pihak sekolah.

“Kami di KPM sentiasa bersedia membantu agensi berkaitan dalam memastikan PPS di sekolah bawah KPM dapat beroperasi dengan teratur.

“Sama-samalah kita berdoa agar urusan pengendalian mangsa banjir di sini serta tempat-tempat lain di seluruh negara dipermudahkan,” ujar YB Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi laman Facebook peribadinya yang menzahirkan rasa keprihatinan dan bersedia bersama-sama pihak KPM untuk memberikan bantuan kepada pihak yang terkesan ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi