Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangArau – Dalam usaha memantapkan kerjasama dalam mempergiat aktiviti dalam bidang penyelidikan, inovasi, keusahawanan dan pembangunan pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini mengorak langkah dengan menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Perjanjian (MoA) dan Perjanjian Persefahaman dengan Universitas Islam Riau, Indonesia; Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Malaysia; VTS Universe Sdn. Bhd., Malaysia dan Malthai Hub, Malaysia secara maya.

Kerjasama ini diusahakan dengan matlamat menyeluruh bagi menyediakan peluang kepada kedua-dua institusi berkongsi pengalaman, rangkaian, teknologi dan sumber masing-masing dalam pelibatan akademik dan penyelidikan demi manfaat bersama.
Usaha ini dilihat dapat memberikan peluang kerjasama baharu seperti program mobiliti kakitangan dan pelajar, latihan dan bengkel.
Dalam majlis ini, UiTM diwakili oleh Rektor UiTM Cawangan Perlis, Prof. Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi yang mewakili Naib Canselor UiTM dan Timbalan Rektor UiTM Cawangan Perlis, Ts. Gs. Dr. Ernieza Suhana Mokhtar.

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil dari empat institusi dan industri termasuklah Prof. Dr. Syafrinaldi, Rektor Universitas Islam Riau, Indonesia dan Encik Paudzi Yahya, Pengarah Malthai Hub, Malaysia, serta wakil daripada pihak industri.

