Diterbitkan pada 5 September 2022, 12:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2022 akan dilaksanakan bermula dari 12 hingga 14 September 2022. Sebanyak 7720 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ulangan tersebut yang akan diadakan di 209 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Sebagai usaha untuk memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut berjalan lancar, sebanyak 1317 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan sebanyak 1441 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis.

Oleh itu, LP ingin mengingatkan semua calon peperiksaan SPMU tahun 2022 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan tersebut berlangsung. Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Jadual waktu peperiksaan SPMU tahun 2022 dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari laman rasmi Lembaga Peperiksaan.

Calon juga diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPMU pada tahun ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi