Diterbitkan pada 2 Ogos 2022, 07:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menerima undangan berangkat menghadiri Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih anjuran Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Rejimen 504 Askar Wataniah yang diadakan di Restoran Fairy Le Phenomenal, Kangar pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi BAKAT Rejimen yang berpangkalan di Kem Bukit Keteri, iaitu Puan Endahsari Abd Rahman.

Majlis tersebut turut meraikan perpisahan Endahsari yang akan mengikuti suami beliau, Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak yang bertukar setelah empat tahun menabur bakti berkhidmat di negeri Perlis di bawah naungan Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Komander.

Raja Puan Muda Perlis (kanan) dalam sesi ramah mesra.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sini, Mohamad Zaidi telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif baharu termasuklah majlis perasmian Surau Al-Watani, penamaan kolam rejimen dan pelepasan benih ikan di dalamnya, program motivasi rejimen bersama sekolah-sekolah, Majlis Khatan Perdana R504AW serta program “Lemari Makanan” (Food bank) untuk anggota dan penduduk sekitar.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi