Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dengan kerjasama Kementerian Pertanian Industri dan Makanan (MAFI) akan menganjurkan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah Siri ke-9: Women in Search of Excellence dengan temanya “Agropreneur Wanita: Saksama Bersama Menjamin Sekuriti Makanan Negara” yang berlangsung pada 28 Mei 2022 secara maya.

Perasmian webinar ini akan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Sementara itu, majlis penutupan pula akan dirasmikan oleh Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.



Bersempena dengan tema webinarnya “Agropreneur Wanita: Saksama Bersama Menjamin Sekuriti Makanan Negara”, pelbagai sesi plenari dan sesi forum diadakan dengan menampilkan Ketua Setiausaha MAFI, YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid dalam ucaptama program berkenaan.
Selain itu, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, YBhg. Dato’ Azulita Salim bersama-sama ahli akademik turut membentangkan topik-topik menarik seperti Program Pembangunan Wiratani Wanita dalam Bidang Antarabangsa; Pelibatan Wanita dalam Keusahawanan Berasaskan Bidang Agromakanan; Pengurusan Kepimpinan dalam Bidang Agromakanan; Penjenamaan dan Pemasaran Digital dengan MY; serta Potensi Penerokaan Bidang Agromakanan Terkini dan Masa Depan.
Sebagai tanda sokongan, MAFI mengundang belia wanita untuk menyertai webinar ini menerusi aplikasi Zoom atau Facebook Langsung MAFI.
Bagi yang berminat, pendaftaran boleh dicapai menerusi pautan berkenaan secara percuma tanpa sebarang bayaran.
Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi urus setia Unit Agropreneur Muda (UAM) MAFI di talian 03-88701234.