Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa perkhidmatan guru interim bagi lantikan tahun 2019 dilanjutkan pada tempoh satu tahun lagi.
Menurut KPM, pelanjutan tempoh ini dilakukan adalah untuk membantu para guru dalam urusan temu duga dan mendapat jawatan lantikan tetap, khususnya kepada guru yang telah memenuhi syarat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
KPM turut menegaskan bahawa guru interim lantikan sebelum tahun 2019 perlu memastikan syarat-syarat lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dipenuhi.
“Syarat ini penting bagi membolehkan perakuan dibuat oleh KPM sebelum dikemukakan kepada SPP untuk urusan temuduga dan lantikan tetap,” kata KPM dalam kenyataan media pada hari ini.