Diterbitkan pada 14 April 2022, 12:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Individu kontrak perkhidmatan (contract for service, CFS) yang disetarakan pada gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat hingga 25 April 2022 layak menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 (BKKA 2022) berjumlah RM500.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia dalam portal rasmi Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia semalam.

BKKA 2022 layak diterima oleh pesara perkhidmatan awam dan veteran yang dilantik semula secara CFS dan masih berkhidmat hingga 25 April 2022.

Walau bagaimanapun, kakitangan CFS yang ditamatkan kontrak atau meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 25 April 2022 tidak layak menerima pembayaran BKKA 2022.

BKKA 2022 akan dibayar pada 25 April di bawah tanggungan kementerian atau jabatan mengikut jabatan kakitangan CFS berkhidmat pada tarikh pembayaran.

Kerajaan bersetuju memberikan BKKA 2022 kepada kakitangan CFS selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri pada 5 April yang lalu.

Sejumlah RM923 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk bantuan khas ini dan akan memberi manfaat kepada lebih dua juta kakitangan kerajaan dan pesara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi