Diterbitkan pada 12 April 2022, 07:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa tiada syarat lengkap dos imunisasi COVID-19 untuk menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 dalam kenyataan media Perdana Menteri hari ini.

Semua kakitangan awam dan pesara layak untuk menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 seperti yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 April yang lalu, termasuklah mereka yang tidak mendapat suntikan vaksinasi COVID-19 lengkap.

Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022.

“Walau bagaimanapun perkara-perkara lain dalam pekeliling tersebut masih terpakai.

Perdana Menteri turut menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyebut tentang pengecualian bantuan khas ini kepada mana-mana penjawat awam dan pesara mengikut status vaksinasi.

Semua kakitangan kerajaan dan pesara bakal menerima bantuan khas ini pada pembayaran gaji bulan April, iaitu pada 25 April.

Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM250 kepada pesara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi