Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Penaung DiRaja Persatuan Woodball Negeri Perlis berkenan berangkat meraikan kemenangan kontinjen “The Perlis Woodpeckers” dalam Kejohanan Sirkit Woodball Kebangsaan kali ke-16 anjuran Persatuan Woodball Malaysia (MWA).
“Tahniah buat Presiden, Chef De Mission serta seluruh kontinjen negeri yang berjaya mengekalkan daya ketahanan dan pencapaian yang sangat memberangsangkan,” titah baginda menzahirkan rasa bangga akan kejayaan kontinjen Perlis dalam mengharumkan nama negeri.
Dalam titah baginda juga, selain memastikan pasukan negeri terus cemerlang, baginda berharap agar Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) sentiasa bersiap siaga dan terus komited dalam melakukan latihan secara berkala.
|
Kategori |
Nama Peserta |
Pencapaian |
| Pasukan Terbuka Lelaki | Abu Hassan Adam, Zulkifli Said, Suhaimi Ahmad dan Mohd Faizal Othman | Johan |
| Pasukan Terbuka Lelaki | Jasmin Kasa, Azizan Zainol, Muhammad Nor Aidil Jasni dan Jasni Saad | Naib Johan |
| Perseorangan Terbuka Lelaki | Abu Hassan Adam | Johan |
| Perseorangan Terbuka Lelaki | Zulkifli Said | Naib Johan |
| Perseorangan Terbuka Lelaki | Jasmin Kasa | Tempat Ketiga |
| Perseorangan Terbuka Lelaki | Azizan Zainol | Tempat Keempat |
| Pasukan Terbuka Wanita | Rosmawati Abidin, Qistina Mohd Reffal, Nor Rinda Ramli dan Faridah Din | Johan |
| Perseorangan Terbuka Wanita | Qistina Mohd Reffal | Naib Johan |
| Perseorangan Terbuka Wanita | Nor Rinda Ramli | Tempat Ketiga |
| Beregu Terbuka Wanita | Qistina Mohd Reffal dan Rosmawati Abidin | Johan |
| Beregu Terbuka Wanita | Nor Rinda Ramli dan Noryomhaslinda Senayan | Tempat Ketiga |
| Kategori Beregu Campuran | Muhammad Aidil Jasni dan Salbiah Hashim | Johan |
| Kategori Beregu Campuran | Mohd Faizal Othman dan Qistina Mohd Reffal | Naib Johan |
| Pasukan Remaja Lelaki | Amsyar Sirhan Saifullah Saharruddin, Adam Mukhriz Azny Nizam, Muhammad Azim Shaqil Azizan dan Muhammad Hafizuddin Abu Hassan | Johan |
| Perseorangan Remaja Lelaki | Amsyar Sirhan Saifullah Saharruddin | Naib Johan |
| Perseorangan Remaja Lelaki | Adam Mukhriz Azny Nizam | Tempat Ketiga |
| Perseorangan Remaja Lelaki | Muhammad Azim Shaqil Azizan | Tempat Keempat |
| Beregu Remaja Lelaki | Amsyar Sirhan Saifullah Saharruddin dan Muhammad Hafizuddin Abu Hassan | Naib Johan |
| Beregu Remaja Wanita | Hanis Humaira Jasni dan Nur Amirah Mohamaed Fadzli | Naib Johan |
| Pasukan Remaja Wanita | Hanis Humaira Jasni, Nur Amirah Mohamed Fadzli dan Nur Asyiffa Zaidi | Naib Johan |
| Perseorangan Remaja Wanita | Hanis Humaira Jasni | Naib Johan |
| Beregu Campuran Remaja | Amsyar Sirhan Saifullah Saharruddin dan Hanis Humaira Jasni | Tempat Ketiga |
Dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 17 Februari 2022 hingga 20 Februari 2022 di Laman Woodball Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur, bagi kategori khas “Gate in One” pula telah dimenangi oleh wakil negeri Perlis, iaitu Nur Asyiffa Zaidi yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000.
Turut hadir dalam majlis penutupan dan penyampaian hadiah ialah Presiden Persekutuan Woodball Asia (AWF), Thomas Kok dan Presiden Persatuan Woodball Malaysia, Elaine Tan.