Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangIpoh – Dr. Valerie Wheelervon Primus dari SK Bingkor (Sabah) telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan. Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi negara atas sumbangan dan kecemerlangan yang luar biasa dalam sektor pendidikan negara.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat (YB) Fadhlina Sidek sebagai simbol penghargaan kerajaan terhadap sumbangan dan usaha beliau dalam memartabatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk memacu inovasi pendidikan.
Beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000.00 tajaan Bank Simpanan Nasional (BSN), plak serta sijil penghargaan.

Majlis ini turut menyaksikan penyampaian Anugerah Guru OKU Berwibawa kepada Puan Maslizah Maseh (Perak) sebagai pemenang tempat pertama. Sementara itu, Encik Zaini Jainudin (Sabah) dan Encik Tan Kean Heng (Pulau Pinang) telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dan tempat ketiga.
Bagi Anugerah Guru Bitara Bahasa, tempat pertama dimenangi oleh Dr. Mohd Zamri Hussaini dari SK Kampung Tun Razak (Melaka), manakala pemenang tempat kedua disandang oleh Encik Azmi Md Said dari SMK Sultan Ahmad Tajuddin (Kedah) dan tempat ketiga diraih oleh Encik Akilul Nazar Arbain dari SMK Kelapa Sawit (Johor).

Selain itu, Anugerah Guru Orang Asli/Peribumi Malaysia dimenangi oleh Puan Siti Nor Eliza Potra Abdullah dari SK Pulau Tiga Kiri (Perak), diikuti oleh Puan Ezzah Sofia Seman dari SK Kampong Layau (Johor) dan Encik Aaron Charles dari SK Palak (Sabah) sebagai pemenang tempat kedua dan tempat ketiga.
Anugerah Guru Pendidikan Khas Berwibawa pula dirangkul oleh Puan Siti Nor Eliza Potra Abdullah dari SMK Orkid Desa (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) sebagai pemenang tempat pertama, manakala pemenang tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Puan Vikneshvari A/P Letchumanan dan t Dr. Nik Yusanida Nik Daud dari SK Kampung Nyior (Terengganu).
Sementara itu, Anugerah Guru Sekolah Khusus Berwibawa dimenangi oleh Encik Muhammad Sufyan Bujang dari Sekolah Dalam Hospital, Hospital Selayang ( Selangor), diikuti oleh pemenang tempat kedua, Puan Farah Fasihah Che Tajudin dari Sekolah Dalam Hospital, Hospital Tuanku Ja’afar (Negeri Sembilan) dan tempat ketiga, Puan Syazatul Natrah Raman dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Guru Sekolah Swasta Berwibawa dengan penerima tempat pertama dimenangi oleh Puan Natasya Faradilla Jamil dari Sekolah Rendah Islam I Musleh (Melaka). Pemenang tempat kedua disandang oleh Dr. Sathisha A/P Goonasakaran dari The International School Penang (Pulau Pinang) dan tempat ketiga diraih oleh Lee Yee Wan dari Sekolah Menengah Tsung Wah (Perak).
Bagi Anugerah Pensyarah Berwibawa, tempat pertama dimenangi oleh Encik Mohd Al Khalifa Mohd Affnan dari Kolej Vokasional Keningau (Sabah), diikuti oleh pemenang tempat kedua, Dr. Hajjah Sumaiyah Abdul Rahman dari IPG Kampus Darul Aman (Kedah) dan tempat ketiga, Ts. Mimma Sayuti Mat Khalid dari IPG Kampus Bahasa Melayu (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).
Di samping itu, Anugerah Guru Gigih Pedalaman dimenangi oleh Encik Muhammad Hafizu Aiman Jusof dari SK Pulat, Gua Musang (Kelantan), diikuti oleh pemenang tempat kedua, Puan Noralias Ahmad SK Jernang (Perak) dan tempat ketiga, Encik Mohd Sharif Taip dari SK Tiong Widu Tambunan (Sabah).
Anugerah Kepimpinan Lepas Menengah dimenangi oleh Dr. Masitah Mohamad Yusof dari IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) diikuti oleh pemenang tempat kedua, Encik Mohd Daud Ismail dari Kolej Vokasional Kuala Selangor (Selangor) dan tempat ketiga, Dr. Hajah Narita Mohd Noor dari IPG Kampus Kota Bharu (Kelantan).
Manakala Anugerah Kepimpinan (Menengah) dimenangi oleh Puan Salleha Saleh dari SMK Putrajaya Presint 16 (1) (Wilayah Persekutuan Putrajaya), diikuti oleh pemenang tempat kedua, Encik Fahrurrazi Ramdhan dari SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura (Johor) dan tempat ketiga, Encik Amir Nazari Suleiman dari SMKA Tun Rahah (Selangor).
Anugerah Kepimpinan (Rendah) pula dimenangi oleh Puan Suminah Kasolang dari SK Jalan 3 (Selangor), diikuti oleh pemenang tempat kedua, Encik Hamzah Zakaria dari SK Iskandar Shah (Perak) dan tempat ketiga, Puan Jura Haji Hamid dari SK Machang Bubok II (Pulau Pinang).
Sementara itu, Anugerah Kepimpinan Sekolah Swasta dimenangi oleh Kung Bee Lee dari Sekolah Menengah Han Chiang (Pulau Pinang), diikuti oleh pemenang tempat kedua, Puan Yantie Ruyani Che Mohd Nizan dari Sekolah Rendah Setia Budi (Selangor) dan tempat ketiga, Puan Fadlin Aimuni Binting dari Labuan International School (Wilayah Persekutuan Labuan).
Selain kategori peringkat sekolah, majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Kesukarelawan kepada Puan Norazrin Abdul Razak dari SK Kampong To’ Bedor (Pulau Pinang) sebagai pemenang tempat pertama, diikuti oleh pemenang tempat kedua, Roger Samin dari SK Pinggan-Pinggan (Sabah) dan tempat ketiga, Datin Hazimah Haji Samin dari IPG Kampus Antarabangsa (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).
Majlis Anugerah Guru Tahun 2026 ini telah dilaksanakan di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh, semalam. Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkata, kebitaraan seorang pendidik bukan sebagai mudarris yang menyampaikan kandungan kurikulum semata-mata, tetapi sebagai murabbi yang bertanggungjawab membentuk sahsiah, karakter dan nilai insani para pelajar.

Menurut beliau, guru dituntut menjadi pakar yang boleh menyesuaikan diri (adaptive experts) dengan memiliki tiga disiplin utama, iaitu keupayaan membuat keputusan yang luar biasa (exceptional judgment), penguasaan dalam bidang kepakaran (subject area knowledge), serta kepakaran pedagogi (pedagogical expertise).
“Prinsip pengajaran berkualiti (quality teaching) perlu menjadi teras dalam penggubalan dasar pendidikan kementerian, termasuk pelaksanaan PdP yang berkesan serta Komuniti Pembelajaran Profesional [Professional Learning Community (PLC)],” katanya lagi.