Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan rasa dukacita, serta merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin yang terlibat dalam kemalangan di sebuah sekolah di Kelantan pada Ahad.
KPM mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, manakala seluruh keluarga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Menurut kenyataan tersebut, KPM sedang mengurus bantuan sewajarnya kepada keluarga Allahyarhamah dengan memberikan perhatian terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan.
Kejadian itu kini dalam siasatan pihak berkuasa. Pada masa yang sama, KPM telah memulakan siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan terhadap setiap prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan dengannya.
Semua institusi pendidikan di bawah kelolaan KPM turut diingatkan agar memastikan aspek keselamatan murid, guru, serta seluruh warga institusi sentiasa terpelihara.