Diterbitkan pada 9 April 2026, 10:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan Program Matrikulasi bagi Sesi 2026/2027 kepada sebanyak 6,717 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang memperoleh keputusan cemerlang, 10A dan ke atas.

Menurut KPM, tawaran ini akan diberikan secara automatik kepada semua calon yang telah mengemukakan permohonan ke Program Matrikulasi.

Inisiatif ini dilaksanakan tanpa mengambil kira faktor kaum dan latar belakang pelajar, sekali gus mengiktiraf pencapaian akademik terbaik di seluruh negara secara inklusif.

Walaupun terdapat kemasukan automatik diberikan, KPM menegaskan bahawa dasar kuota sedia ada tidak akan terganggu.

Kuota kemasukan sebanyak 90 peratus untuk Bumiputera ke program Matrikulasi tetap dikekalkan dan tidak terjejas dengan keputusan terbaharu ini.

Perkara ini menunjukkan usaha kerajaan untuk memastikan permata negara terus mendapat akses pendidikan berkualiti di peringkat pra-universiti.

Dengan adanya jaminan tempat ini, diharapkan lebih ramai pelajar cemerlang dapat terus bermotivasi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dalam pelbagai bidang kritikal pada masa hadapan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi