Diterbitkan pada 8 April 2026, 17:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan sebanyak 300 orang Personel MySTEP Pembantu Warden Asrama (MyPWA) telah dilantik untuk ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama di seluruh negara bermula 1 April 2026.

Inisiatif daripada KPM ini diperkenalkan bagi meningkatkan keselamatan di sekolah berasrama, sekali gus membantu mengurangkan bebanan tugas yang selama ini dipikul oleh para guru.

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat (YB) Fadhlina Sidek menyatakan bahawa tugas utama MyPWA adalah untuk membantu warden melakukan pemantauan pada waktu malam bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid asrama dapat terus diperkukuh.

Pelaksanaan MyPWA ini juga dilihat selari dengan agenda reformasi keselamatan di semua institusi pendidikan di bawah kelolaan KPM.

Selain itu, inisiatif ini bertepatan dengan hala tuju Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang menekankan bahawa keperluan guru mata pelajaran memberikan tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah.

KPM turut memaklumkan bahawa inisiatif ini akan terus diperluas pada masa hadapan demi menjamin kualiti pendidikan dan keselamatan murid di seluruh negara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi