Diterbitkan pada 3 April 2026, 09:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Pilah – Kira-kira 300 peserta memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Ke-70 Peringkat Zon Tengah di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan untuk menarik minat anak muda di sekitar Zon Tengah terutama dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

DBP menganjurkan pertandingan mengikut kategori antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak pra sekolah, pertandingan bercerita pula dibuka kepada pelajar sekolah rendah sekitar Zon Tengah.

Reaksi seorang peserta Sahabat Kata ketika berjaya menjawab soalan yang diajukan.

Selain itu, pelajar sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pula menyertai program Eksplorasi Bahasa Digital MADANI dan pertandingan sajak “Restu Jiwa Pahlawan” yang diadakan di sekitar Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah hari ini.

DBP turut membuka reruai pameran untuk dikunjungi dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan di setiap reruai. Reruai pameran dan gerai jualan buku oleh Bibilio Pres, reruai jelajah Majalah Dalam Kelas, kaunter Sah Bahasa dan promosi Kursus Akademi DBP, pameran kraf tangan, pameran Kamus DBP serta banyak lagi reruai menarik sebagai sudut interaktif pengunjung.

Pada masa yang sama, di pentas utama Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah turut disajikan dengan persembahan boneka oleh kumpulan Bercerita Bayan DBP serta pertandingan Sahabat Kata yang dibuka kepada pengunjung yang hadir memeriahkan majlis hari ini.

Pada sebelah petang, sebagai penutup pertandingan sukan rakyat diadakan dengan menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak di antara pegawai DBP menentang pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Pilah bertempat di SMK Dato’ Abdul Samad Tanjung Ipoh Negeri Sembilan.

Kredit Foto: Mohd Farid Janudin
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi