Diterbitkan pada 30 Mac 2026, 15:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi, Yang Berhormat (YB) Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Istana Bukit Tunku hari ini.

Menteri Komunikasi mempersembahkan pelaksanaan Akta digital dan Komunikasi baharu, iaitu Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025).

Dalam pertemuan tersebut, beliau telah mempersembahkan perincian mengenai matlamat utama ONSA 2025 yang dirangka khusus untuk mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat bagi golongan keluarga dan kanak-kanak.

Akta ini akan menetapkan tanggungjawab yang lebih jelas dan tegas kepada setiap penyedia platform dalam talian bagi memastikan kandungan yang disiarkan adalah terkawal dan mematuhi undang-undang negara.

YB Fahmi menghadap Sultan Ibrahim sambil mempersembahkan ONSA 2025

Selain itu, antara intipati utama akta tersebut termasuklah pelaksanaan mekanisme pengesahan umur (age verification) yang mewajibkan sekatan akaun media sosial bagi kanak-kanak di bawah usia 16 tahun.

“Langkah ini diambil sebagai usaha proaktif kerajaan untuk melindungi keselamatan serta kebajikan kanak-kanak dan institusi keluarga daripada ancaman dunia digital yang kian mencabar,” tambah beliau lagi.

Selain itu, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil turut memaklumkan bahawa ONSA 2025 juga berperanan penting dalam menangani isu akaun palsu dalam media sosial.

Penekanan khas diberikan kepada akaun yang menyasarkan Raja-raja Melayu serta kerabat diraja bagi mengekalkan kedaulatan dan kehormatan institusi diraja daripada dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kredit Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi