Diterbitkan pada 12 Mac 2026, 10:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat (YB) Dr. Mohammed Taufik Johari secara rasmi mengumumkan pelaksanaan semula Program Felo Perdana 2026 di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“KBS menyasarkan sebanyak 63 orang peserta yang terdiri daripada graduan berbakat untuk dibimbing secara langsung melalui pendekatan mentor-mentee. Para peserta bakal ditempatkan di bawah seliaan barisan kepimpinan tertinggi negara, termasuk Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufik dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Bimol daripada 31 kementerian, serta Ketua Setiausaha Negara (KSN),” jelas beliau ketika mengadakan sidang media Felo Perdana 2026.

Inisiatif ini terbuka kepada graduan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk membimbing serta memperkasakan bakat kepimpinan belia melalui pendedahan terus kepada selok-belok tadbir urus pada  peringkat pembuat dasar.

“Pendekatan seperti ini direka untuk memastikan bimbingan kepada peserta dilaksanakan secara tersusun bagi membangunkan potensi belia,” tambah beliau lagi

Sehubungan dengan itu, belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun yang berminat untuk menyertai program ini boleh mengemukakan permohonan secara rasmi melalui pautan http://myfelo.kbs.gov.my bermula dari 10 Mac 2026 hingga 24 April 2026.

Kredit Foto: KBS Malaysia
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi