Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 5 Februari 2026 (Khamis) yang melibatkan sebanyak 4,443 orang calon di 135 buah pusat peperiksaan seluruh negara.
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah mulai pukul 10.00 pagi, manakala calon persendirian boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.
Semakan keputusan juga boleh dibuat secara dalam talian menerusi myresultstam.moe.gov.my atau melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAM<jarak>No.KP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 bermula pada 5 Februari hingga 11 Februari 2026 dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.