Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 28 Oktober 2025, 18:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan kembali bermula pada bulan Januari menandakan kejayaan pelaksanaan pelan penyelarasan semula sesi persekolahan pascapandemik, sekaligus membuktikan komitmen berterusan KPM terhadap kesejahteraan warga pendidikan di seluruh negara.

Bagi negeri Kumpulan A, sesi persekolahan akan bermula pada 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026, manakala negeri Kumpulan B, sesi bermula pada 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.

Menurut KPM, kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan.

Langkah inni mencerminkan hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat

KPM menegaskan bahawa usaha ini menyerlahkan tekad KPM untuk memberikan keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

Sehubungan dengan itu, Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun menerusi portal KPM dengan melayari pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi