Diterbitkan pada 16 Oktober 2025, 19:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan jaminan kerja baik pulih akan dilaksanakan segera di empat buah sekolah di Teluk Panglima Garang, Selangor yang terjejas akibat ribut pada petang Rabu.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan empat sekolah yang terjejas ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung.

Menurut kenyataan itu, kerja pembersihan dan penilaian kerosakan sedang giat dijalankan di semua sekolah berkenaan bagi memastikan proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera.

“KPM memastikan kerja baik pulih akan segera dilaksanakan bagi membolehkan sesi persekolahan dapat diteruskan dengan selamat,” katanya.

Bagi memastikan keselamatan murid dan guru, semua sekolah yang terjejas akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam tempoh terdekat sehingga kerja baik pulih selesai sepenuhnya.

KPM dalam kenyataan sama turut menyeru jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) serta pentadbir sekolah di seluruh negara agar meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi cuaca tidak menentu bagi menjamin kesejahteraan warga pendidikan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi