Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini memaklumkan bahawa KPM komited untuk mewujudkan persekitaran selamat di institusi pendidikan, selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah untuk menangani isu salah laku seksual.
Tambah KPM,
KPM komited untuk melaksanakan kempen kesedaran yang menyeluruh di semua institusi pendidikan dan melihat keberkesanan modul Tindak Demi Anak Kita (TinDak) serta berkerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi melaksanakan kajian pengaruh media sosial kepada murid seperti yang dititahkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Keprihatinan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan pelbagai pandangan berkenaan isu sosial dan langkah-langkah untuk menanganinya menjadi panduan kepada KPM untuk memperkukuh aspek keselamatan di institusi pendidikan.